KULIAH MAGRIB SURAU AL MUTTAQIN

KULIAH MAGRIB SURAU AL MUTTAQIN

31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010 & Gerhana Bulan.

Salam.

Selamat tahun baru 2010 diucapkan, semoga tahun baru yang bakal menjelang lebih baik untuk kita & kita lipatgandakan usaha dalam mencari redha Allah untuk persiapan akhirat kita & tidak dilupakan untuk habuan kita di dunia.

Malam ini juga (malam tahun baru) insyaAllah akan berlaku juga gerhana bulan dan kita orang Islam disunatkan untuk Solat Khusuf, selain itu berdoa, berzikir & bersedekah.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Semoga Allah Ta’ala merahmati kita semua & memberkati kita dengan amal soleh yang kita lakukan. Amin amin amin.

30 Disember 2009



Renungan Buat Semua Insan Yang Dahagakan Keinsafan:

Ketika mana kamu dilahirkan maka kamu diazan tanpa sembahyang.
Ketika mana kamu mati maka kamu disembahyangkan tanpa azan.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapakah yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu.
Ketika mana kamu mati kamu tidak tahu siapakah yang membawa kamu di atas bahunya untuk dibawa ke kubur.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu dimandikan dan dibersihkan.
Ketika mana kamu mati kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

Ketika mana kamu dilahirkan ibu bapa dan keluarga gembira dengan kehadiranmu.
Ketika mana kamu mati ibu bapa dan keluarga berduka dengan pemergianmu.

Ketika mana kamu dijadikan maka kamu dijadikan daripada tanah.
Ketika mana kamu mati maka kamu masuk kubur yang juga daripada tanah.

Ketika mana kamu berada di dalam perut ibumu kamu berada dalam keadaan sempit dan gelap.
Ketika mana kamu berada di dalam kubur kamu juga berada dalam keadaan sempit dan gelap.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu ditutupi dengan kain kapas (lampin).
Ketika mana kamu mati maka kamu juga ditutupi dengan kain kapas ( Kafan )

Ketika mana kamu dilahirkan ramai yang bertanya tentang kecantikan dan kebaikan kamu.
Ketika mana kamu mati maka Allah bertanyakan kamu tentang amalan solehmu.

ALHAMDULILLAH SELAMAT BERKUNJUNG

Alhamdulillah..PMIACMS telah mengorak satu langkah kehadapan dengan terciptanya blog ini..insyaAllah ianya akan menjadi satu wadah untuk kita semua pelajar islam acms untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu dalam blog ini...moga-moga dapat kita manfaatkannya insyaAllah...
dan kepada semua pelajar ACMS
Selamat berkunjung ke Blog Persatuan Mahasiswa Islam ACMS (PMI ACMS).

Kami exco-exco PMI mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan yang diberikan kepada kami sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kami juga mengharapkan sokongan ini berterusan demi melihat Islam menyinar dibumi ACMS....