KULIAH MAGRIB SURAU AL MUTTAQIN

KULIAH MAGRIB SURAU AL MUTTAQIN

31 Januari 2010

a HANDSOME man..

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man
by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between
the shroud and the chest of the deceased.

When after the burial, the people return home, 2 angels, Munkar and
Nakeer(names of two special Angels), come in the grave and try to
separate this handsome man so that they may be able to interrogate the
dead man in privacy about his faith. But the handsome man says, 'He is
my companion, he is my friend. I will not leave him alone in any
case. If you are appointed for interrogation, do your job. I cannot
leave him until I get him admitted into Paradise '.

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a
low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker,
you will have no grief.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'On the Day of
Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater
status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Subhanallah..

Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Cerita Hantu...~

Salamullahialaikum.. =>

Syukur alhamdulillah.. Dengan limpahan kurnia Allah dapat lagi kita bernafas di hari yang indah ini. Di kesempatan ini Hamba ingin berkongsi sebuah cerita yang mana Hamba dengar di sebuah ceramah agama suatu ketika dahulu. Ceritanya ada unsur-unsur angker sikit tapi mungkin kurang menarik dan mungkin jugak menarik. Terpulang kepada anda untuk menilainya..



Cerita ini berlaku di utara semenanjung atau senang cakap negeri jelapang padi, Kedah. Lebih spesifik di Maktab Perguruan di Sungai Petani. Ada seorang gadis yang bernama Maznah (bukan nama sebenar) merupakan guru pelatih di institusi perguruan tersebut. Beliau merupakan seorang guru pelatih perempuan yang mampu mencairkan ramai guru pelatih lelaki mahupun pensyarah lelaki di maktab tersebut. Beliau juga sering dicemburui oleh rakan-rakan wanitanya yang lain. Mana tidaknya, dah la cantik, baik budi pekerti dan sopan pulak tu.. Pakej beb!! Kulitnya putih gebu, mukanya licin......(dah-dah... kalaw macam ni smpai esok pon tak habih..mangkaq!!)

Nak dijadikan cerita, maktab perguruan tersebut mengadakan rombongan ke Gunung Jerai. Lalu bergeraklah rombongan yang seramai 40 orang itu berbondong-bondong ke Gunung Jerai. Selama 2 jam perjalanan, tak henti-henti si Maznah asyik diperhatikan oleh pemuda-pemuda yang turut serta dalam rombongan tersebut. Tak senang duduk dibuatnya si Maznah tadi.. Setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam yang terhinggut-hinggut dan terhincut,(almaklumlah..naik bas TATA) maka sampailah mereka ke destinasi yang di tujui. Untuk pengetahuan, rombongan ini diketuai oleh seorang pensyarah lelaki yang bernama Encik Mail..

Setelah semua peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan lalu bergeraklah mereka kedalam hutan Gunung Jerai yang amat mempesona mata yang memandang. Maznah ketika itu berada dalam kumpulan 3 yang diketuai oleh Encik Mail. Ketika berada di dalam hutan, mulut para peserta rombongan tak henti-henti menyebut 'wow!!'.. Indahnya dunia ciptaan Ilahi.. Subhanallah!!





Ketika mereka sedang asyik meneroka hutan tersebut, Maznah terjumpa sebuah pokok bunga yang cantik yang diberi nama BUNGA HARUM SUNDAL MEWANGI. Lalu beliau memetik bunga tersebut dan ingin membawanya pulang. Namun beliau tidak sedar bahawa kumpulannya kian jauh darinya. Hari semakin senja, lalu ketua rombongan membuat keputusan untuk bergerak pulang. Encik Mail adalah orang terakhir yang menaiki bas tersebut. Setelah penat menempuh perjalan, pemandu bas mengambil keputusan untuk berhenti seketika di sebuah RnR dan bercadang untuk makan disitu.

Setelah semuanya turun, Encik Mail tidak terlihat kelibat Maznah. "Mungkin dia dah turun kot.." bisik hati Encik Mail untuk menenangkan hatinya.. Setelah bergerak ke kedai makan, beliau mencari-cari Maznah namun tidak kelihatan. Beliau mulai risau da terus mengarahkan seorang balacinya, Zambri Mamak untuk melihat kalau-kalu Maznah tidak turun dari bas. "Maznah tak dak, cikgu.." kata Zambri Mamak. Encik Mail naik gabra dan mulai risau bercampur sasau.. Tanpa melengahkan masa, beliau berlari ke atas bas dan melihat tempat duduk Maznah yang hanya di'duduki' oleh BUNGA HARUM SUNDAL MEWANGI.. "Tadi hangpa ada nampak MAznah dak?!" tanya Encik Mail kepada pelajar-pelajarnya. "Tadi ada.." jawab meraka. Setelah membuat pemeriksaan, terbukti Maznah tiada!!

Di hutan Gunung Jerai, Maznah masih lagi sibuk memetik bunga-bunga hutan. 'Encik Mail' yang dari tadi membisu asyik mengekori beliau. "Cik Mail, dah nak malam ni, takkan kita nak tidoq sini kot??" tanya Maznah. Namun, 'Encik Mail hanya mendiamkan diri dan bergerak dicelah-celah pokok lalu ghaib.. Melihat keadaan itu, Maznah jadi panik dan baru dia sedar bahawa dia telah ditinggalkan. Keadaan sekeliling hanyalah pokok-pokok besar yang menyeramkan.Maznah terus lari dan lari. Lalu beliau terjumpa sebuah pondok kecil yang di dalamnya terdapat lampu minyak tanah yang samar-samar. Mahu atau tidak mahu, beliau terpaksa pergi dan berlindung disitu. setelah diketuk pintu, maka keluarlah seorang lelaki yang tampan. Maznah menceritakan segalanya kepada lelaki tersebut lalu bersetuju membenarkan Maznah tinggal disitu.

Pada malam tersebut, tidurlah Maznah di dalam pondok tersebut yang amat sempit. Terdetik di hati beliau "Kalaulah lelaki ini ingin memperkosaku, nescaya aku tidak mampu melawan." Lelaki tadi yang asyik membelakangi Maznah tiba-tiba bangun dan membuka pintu pondoknya. Matanya memandang Maznah dengan seribu makna, perasaan takut Maznah memuncak dan beliau bertawakkal kepada Allah. Dengan tidak semena-mena lelaki tersebut membakar tangannya dengan pelita. Jelas dimata Maznah bagaimana tangan lelaki tadi dibakar sambil lelaki itu menjerit jerit. Oleh kerana terlalu takut, Maznah jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri.

Keesokan harinya, Maznah terjaga dan melihat lelaki itu tiada di dalam pondok tersebut. Setelah menjenguk keluar, beliau terlihat lelaki tersebut dengan tangan berbalut. "Jom aku hantaq hang keluaq dari hutan ni." kata lelaki tersebut. Dengan air liur basi masih bertempek, Maznah menuruti lelaki tersebut dan setelah sejam perjalanan mereka sampai ke kaki gunung. Kebetulan rombongan Encik Mail dan pasukan mencari baru sampai dan baru nak start operasi. Setelah itu, Maznah dihantar pulang kerumah. Setelah berjumpa ibu bapanya, Maznah menceritakan segalanya kepada bapanya. Bapanya ingin menyiasat siapakah lelaki yang telah menyelamatkan Maznah sebenarnya. Adakah dia seorang lelaki yang baik??

Setelah lima hari kejadian itu berlalu, bapa Maznah yang juga seoarang pemburu telah masuk ke hutan Gunung Jerai dan menyamar sebagai seorang yang sedang sesat lalu pergi ke pondok lelaki tersebut. Setelah memperkenalkan dirinya, beliau terlihat tangan lelaki itu yang berbalut lalu bertanya.. "Tangan hang pasai pa??". Lelaki itu pun menjawab, "Lima hari yang lalu, telah datang kepadaku seorang gadis yang cantik rupanya, indah bentuk tubuhnya, merdu suaranya, lemah gemalai pergerakannya dan mampu meruntun jiwa mana-mana lelaki yang melihatnya. Dia telah sesat dan aku terpaksa menumpangkannya tidur di dalam pondokku yang kecil ini.

"Apabila berdua-duaan seorang lelaki dan wanita maka datanglah yang ketiga, iaitu syaitan. Pada malam itu aku hampir memperkosanya, mujurlah ada sebuah pelita lalu aku bakar tanganku. Setelah itu aku sedar bahawa api dunia ini hanya 70 ribu kali ganda lebih sejuk dari api neraka. Lalu terbatallah niatku untuk memperkosanya.." Setelah mendengar cerita lelaki tersebut, bapa Maznah telah mengambil keputusan untuk mengahwinkan lelaki tersebut dengan Maznah..











Sesungguhnya Allah telah berfirman maksudnya:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." Al-Israk:ayat 32

29 Januari 2010

MENUNTUT ILMU PERLU IKHLAS KERANA ALLAH

ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”

Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.

Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.

Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.

Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.

27 Januari 2010

TIADA SIAPA BERHAK MENGAKU IKHLAS

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebabse niat mata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

26 Januari 2010

some of the miracles of Quran..

The Smallest Thing

Many centuries before the onset of Muhammad's prophethood, there was a well-known theory of atomism advanced by the Greek philosopher, Democritus. He and the people who came after him assumed that matter consists of tiny, indestructible, indivisible particles called atoms. The Arabs too, used to deal in the same concept; in fact, the Arabic word dharrah commonly referred to the smallest particle known to man. Now, modern science has discovered that this smallest unit of matter (i.e., the atom, which has all of the same properties as its element) can be split into its component parts. This is a new idea, a development of the last century; yet; interestingly enough, this information had already been documented in the Qur'an (Surah Saba', 34:3) which states:

"He [i.e., Allah] is aware of an atom's weight in the heavens and on the earth and even anything smaller than that..."

Undoubtedly, fourteen centuries ago that statement would have looked unusual, even to an Arab. For him, the dharrah was the smallest thing there was. Indeed, this is proof, that the Qur'an is not outdated.


Honey

Another example of what one might expect to find in an "old book" that touches upon the subject of health or medicine is outdated remedies or cures. Various historical sources state that the Prophet (s) gave some advice about health and hygiene, yet most of these pieces of advice are not contained in the Qur'an. At first glance, to the non-Muslims this appears to be a negligent omission. They cannot understand why Allah would not "include" such helpful information in the Qur'an. Some Muslims attempt to explain this absence with the following argument: "Although the Prophet's advice was sound and applicable to the time in which he lived, Allah, in His infinite wisdom, knew that there would come later medical and scientific advances which would make the Prophet's advice appear outdated. When later discoveries occurred, people might say that such information contradicted that which the Prophet (s) had given. Thus, since Allah would never allow any opportunity for the non-Muslims to claim that the Qur'an contradicts itself or the teachings of the Prophet (s), He only included in the Qur'an information and examples which could stand the test of time." However, when one examines the true realities of the Qur'an in terms of its existence as a divine revelation, the entire matter is quickly brought into its proper perspective, and the error in such argumentation becomes clear and understandable.

It must be understood that the Qur'an is a divine revelation, and as such, all information in it is of divine origin. Allah revealed the Qur'an from Himself. It is the words of Allah, which existed before creation, and thus nothing can be added, subtracted or altered. In essence, the Qur'an existed and was complete before the creation of Prophet Muhammad (s), so it could not possibly contain any of the Prophet's own words or advice. An inclusion of such information would clearly contradict the purpose for which the Qur'an exists, compromise its authority and render it inauthentic as a divine revelation.

Consequently, there was no "home remedies" in the Qur'an which one could claim to be outdated; nor does it contain any man's view about what is beneficial to health, what food is best to eat, or what will cure this or that disease. In fact, the Qur'an only mentions one item dealing with medical treatment, and it is not in dispute by anyone. It states that in honey there is healing. And certainly, I do not think that there is anyone who will argue with that!

23 Januari 2010

Jom pi Surau...


Salamullahialaikum….=>

Syukur kerana hari ini masih menjadi milik kita. Di sini disediakan sedikit peringatan buat Hamba dan pengunjung blog ini. Sekadar secebis ilmu yang di harapkan memberi manfaat kepada kita semua.

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya:

"Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya:

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."


Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah kadang-kala Islam itu sendiri dimalukan.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, dengan hanya menghina. Banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud:

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. dan bukan hanya orang tua sahaja yg akan menghadapi mati. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud:

"Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Hamba dengan merendah diri menyeru dan menasihati diri Hamba sendiri dan para pembaca agar mengambil iktibar dengan dalil-dalil yang hamba sediakan ini.


Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam. InsyaAllah..


Wallahua'lam...

22 Januari 2010

PMI acms akan melakukan rebranding??


PMI akan dibrandkan semula??
ini merupakan satu perancangan kami dari PMI
iaitu kami akan melakukan re'brand'ing
pada persatuan ini untuk menjadikan
Persatuan Mahasiswa Islam ini terus mendapat tempat
dan dekat dihati para pelajar. Ianya juga untuk memberikan kepuasan yang sebenar kepada anda semua.
InsyaAllah,selepas dari pembaikan ini, kami akan bekerja lebih keras untuk memastikan medium penyampaian ilmu kepada para pelajar ini sentiasa bergerak aktif..


Apa yang akan dibrandkan??
teruskan ikuti perkembangan semasa persatuan ini...:)

Cinta : Bahagian 1

Assalammualaikum…syukur kepada ALLAH kerana masih lagi diberi nikmat untuk menulis pada kali ini tanpa nikmat yg diberikan olehnya maka tangan ini tidak mungkin akan menulis,kali ini saya ingin membicarakan satu pendapat atau lebih kepada pengalaman diri mengenai Cinta manusia….sejauh manakah cinta manusia ini memberikan kebaikan kepada individu…adakah semua cinta manusia itu buruk?....Cinta is equal to Sayang...

Adakalanya cinta manusia itu timbul kerana kasihkan kepada sahabatnya,mencintai sahabatnya lebih daripada diri sendiri….itulah merupakan tingkatan ukhwah yg tertinggi…Ia bukan mudah untuk dicapai tetapi memerlukan usaha yg gigih…ini merupakan sedikit tips2 yg diperolehi utk kita lebih mencintai sahabat kita:-

External –
1)Sentiasa senyum kepada sahabat ketika berjumpa.

2)Makan bersama.
3)Sentiasa berhubung(Masej).
4)Sentiasa ziarah sahabat.
Internal - 1)Muhassabah diri.
2)Ikhlaskan hati bersahabat.
3) Sentiasa berlapang dada kpd sahabat.

Cinta merupakan fitrah manusia tipulah seseorang itu jika mengatakan dia tidak mempunyai perasaan kepada seseorng yg bernama wanita bagi lelaki dan lelaki bagi wanita….namun dengan Islam yg menjadikan Cinta ini terjaga agar ia tidak menjadi sesuatu yg buruk kepada individu mahupun masyarakat…Islam tidak pernah untuk menghalang kita bercinta tetapi islam menjadi pendidik agar cinta manusia tidak melebihi cinta kepada Ar-Rahman…

Jangan pula kerana bercinta kita pun leka entah kemana,jangan pula kerana cinta maruah agama tergadai….Cinta yg sejati hanya cintakan ilahi ,cinta ayah bonda tulus suci selamanya ,cintakan saudara masa berada hanya sementara,cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.

Aku jatuh cinta kerana wajahnya indah tanpa memikirkan jarak diantara aku dan dia sangat berbeza lantas cara utk memilikinya berdoa kepada tuhan yg esa agar bertemu di satu masa,tetapi aku sebenarnya tertipu dengan rupa parasnya baru ku sedar cintaku bertukar pada yg esa kerana asyik memohon padanya untuk memiliki sidia,diuji kali ini bukan dengan rupa parasnya tetapi dengan akhlaknya,lantas hatiku menjadi gundah gulana…lalu aku berkata pada yg maha esa “jika sidia diciptakan untuku maka satukan hati kami satu hari nanti tetapi jika dia bukan diciptakan untukku maka redholah hatiku dengan ketentuanmu”…Akan ku mencari Cinta yg Hakiki kerana Cinta ILAHI merupakan cinta abadi…Takkan aku mengalah untuk bercinta dengan mu YA ALLAH…I LOVE YOU ALLAH…Cuma cintaku ini belum diuji…adakah aku hanya berkata2 shj atau dari hati…..

20 Januari 2010

KEISTIMEWAAN MAKKAH

  • Dikenali sebagai 'Baitullah'
  • Kota kelahiran dan pelantikan penamat segala Nabi iaitu Muhammad s.a.w.
  • Tempat ibadah seluruh umat islam yang mana ada kewajipan bagi yang mampu berkunjung ke Masjid al-Haram bagi menyempurnakan rukun Islam yang terakhir.
  • Tempat yang diharamkan orang bukan Islam masuk atau menetap di dalamnya.
  • Banyak tempat yang dimakbulkan doa hamba-hambaNya.
  • Tempat yang aman sehingga sesiapa yang berkunjung ke sana akan merasa aman dan rindu untuk kembali lagi.
  • Tempat yang disyariatkan ke atas muslimin untuk melakukan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah.
  • Satu-satunya tempat yang diperintahkan Allah untuk dikunjungi sekiranya mampu dari segi fizikal dan kewangan.
  • Satu-satunya tempat di bumi Allah yang mempunyai masjid yang mana pahala solat di masjid itu iaitu Masjid al-Haram digandakan pahalanya sehingga 1000 kali ganjaran pahala.
  • Tempat yang Allah berikan balasan kepada sesiapa jua yang berniat jahat walaupun belum melakukannya.
  • Tempat yang dijaga oleh para malaikat hinggakan tidak dapat dimasuki Dajjal.
  • Menjadi kiblat umat Islam sehingga ke akhir zaman.
  • Merupakan pusat Bumi yang sebenar walaupun kini Barat mendakwa bahawa garisan Meridian merupakan pusat Bumi.

19 Januari 2010

a reminder for mulims..

The one who disdains prayers (Salat) will receive Fifteen punishments from Allah…

Six punishments in this lifetime
Three while dying
Three in the grave &
Three on the Day of Judgment.

THE SIX PUNISHMENTS OF LIFE
:

1. Allah takes away blessings from his age (makes his life misfortunate)
2. Allah does not accept his plea (Dua's)
3. Allah erases the features of good people from his face.
4. He will be detested by all creatures on earth.
5. Allah does not reward him for his good deeds. (No thawab)
6. He will not be included in the Dua's of good people.


THE THREE PUNISHMENTS WHILE DYING
:

1. He dies humiliated.
2. He dies hungry.
3. He dies thirsty. Even if he drinks the water of all seas he will still be thirsty.


THE THREE PUNISHMENTS IN THE GRAVE
:

1. Allah tightens his grave until his chest ribs come over each other.
2. Allah pours on him fire with embers.
3. Allah sets on him a snake called 'the brave', 'the bold' which hits him from morning until afternoon for leaving Fajr prayer, from the afternoon until Asr for leaving Dhuhr prayer and so on. With each strike he sinks 70 yards under the ground.


THE THREE PUNISHMENTS ON THE DAY OF JUDGMENT
:

1. Allah sends who would accompany him to hell pulling him on the face.
2. Allah gives him an angry look that makes the flesh of his face fall down.
3. Allah judges him strictly and orders him to be thrown in hell.


------------ --------- --------- --------- -------

THOSE WHO DO NOT SAY THEIR PRAYERS OF:

FAJR : the glow of their face is taken away.
ZUHR
: the blessing of their income is taken away.
ASR
: the strength of their body is taken away.
MAGHRIB
: they are not benefited by their children.
'ISHA
: the peace of their sleep is taken away.
------------ --------- --------- --------- --------- -

THE HOLY QUR'AN:
'Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said'.

CERAMAH KHAS : "SIAPA ALLAH SEBENARNYA"


Jom kita turun ramai-ramai ke surau Muttaqin...
sama-sama kita mendengar penjelasan
mengenai isu penggunaan kalimah Allah
oleh orang Kristian

memantapkan lagi pemahaman terhadap Islam..
InsyaAllah...


"JOM P SURAU"

15 Januari 2010

Rasullulah merindui umat akhir zaman.

Suasana di majlis pertemuan itu sepi dan hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yg sangat dikasihi melafazkan pengakuan sedemikian.


Seluas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.............."Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah?.." Bukankah kami ini saudara-saudaramu(ikhwan), "Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula bermain di fikiran.


"tidak......wahai abu bakar...kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.." jawab Rasulullah bernada rendah.


"Kami juga ikhwanmu, wahai rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. kemudian baginda bersuara:


"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."


pada ketika yang lain pula, rasulullah menceritakan tentang keimanan ikhwan baginda : siapakah yang paling ajaib imannya? tanya Rasulullah. " Malaikat...." jawab sahabat.


"Bagaimana para malaikat tidak beriman sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. para sahabat diam seketika..kemudian mereka berkata.."para nabi.."

"bagaiman para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.."


"Mungkin kami.." celah seorang daripad mereka.

"Bagimana kamu tidak berimans edangkan aku berada ditengah-tengahmu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.


"kalau kamu ingin tahu siapa mereka, Mereka dalah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al-Qur'an dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih bahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku...." jelas Rasulullah.


"Aku sungguh rindu untuk berjumpa dengan mereka." ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


Begitulah nilaian Tuhan.bukan jarak dan masa menjadi ukuran. bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih Allah, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan sunnahnya.


pada kita bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah, wajarlah bagi kita mengikis cinta-cintanya yang lain....Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah...InsyaAllah..sama-samalah kita renungkan...

11 Januari 2010

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru..


Kami Persatuan Mahasiswa Islam ACMS mengucapkan

Selamat Datang
kepada semua pelajar baru ke bumi ACMS.
Semoga anda semua terus berusaha untuk menggapai cita-cita yang diimpikan.

Tahniah kerana anda semua kerana berjaya menjejakkan kami ke ACMS...
semoga anda semua akan terus berusaha untuk menjadi individu muslim yang profesional.
Sama-sama memartabatkan Islam dengan membawa imej Islam dengan sebaiknya.

..::ISLAM COMPLETE'S ME::..

08 Januari 2010

Tempat Tinggal Iblis

Anas bin Malik r.a berkata:
Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, "wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah:" Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."
Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: Tempatmu berkumpul ialah di pasar- pasar, pesta, pusat membeli- belah kelab malam tempat hiburan serta majlis- majlis maksiat."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu untukmu ialah syair dan sajak yang melalikan."
Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan mereka cerita2 benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata- kata kesat dan dusta."
Iblis bertanya lagi: " Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak kepada anak Adam untuk memanggil orang sembahyang, apa pula azan bagiku?" Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."
Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusanMu dari para Rasul dan Nabi, siapakah yg menjadi utusanku?" Firman Allah: "Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yg menduakanKu."
Iblis bertanya:" Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereks, apakah pula tulisan bagiku?" Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap,apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."
Iblis bertanya:"Ya Tuhanku,Engkau berikan mereka minuman yg halal yang disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?" Firman Allah:"Minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya."
Sabda Rasulullah S.A.W: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan- amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
(Hadis Riwayat Muslim)

SOLAT AKHIR WAKTU

Ada cerita kalau kita lewatkan solat kita. Jika berpuasa amalan kita terus kepadaNya tapi jika bersolat ada pula posmen untuk hantar amalan kita kepadaNya...
Kisahnya??Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar solat kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amaln kita, ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit di mana setiap penjaga tol kroni malaikat juga. Jika solat di awal waktu, tolnya 'free'. Sekatan tol tiada 'jam'. Malaikat terus sampaikan amalan kita pada Tuhan untuk dinilai tapi jika solat akhir waktu, tolnya 'free' juga tapi sekatannya, MasyaAllah!
Di langit pertama penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan? Posmen malaikat kita merayu-rayu minta diberi laluan, tetapi penjaga langit pertama tak heran. Dicampak amalan lewat solat tadi ke bumi maka jatuh berderai..Dikutip semula oleh malaikat posmen kita satu persatu sambil terus merayu ke lapisan langit kedua. Di langit kedua, samalah juga, bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi posmen kita. Tak dipedulikan. Lalu dilemparkan amalan solat lewat kita tadi, jatuh berderai lagi..Dikutip satu persatu amalan kita, dirayu lagi untuk serahkan amalan kita pada Tuhan. Di langit ketiga? la..kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut? Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita, jatuh berderai dan tak dikutip dan dirayu lagi. Maka, tak sampailah amalan kita padaNya..Seolah-olah kita tak solat juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasan dari Allah. Tak di dunia, di akhirat nanti. Hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa..ish..Tak berbaloikan kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu, tak ada nilai. Kena azab lagi nanti.
Ya Allah! Ampunkan kami kerana lalai! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka solat awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tidak solat. Biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat di Hari Akhirat kelak. Amin..

07 Januari 2010

Sedikit Penerangan tentang pertandingan

Assalamualaikum..

Sedikit penerangan mengenai pertandingan,terima kasih kepada "acmsbest" diatas pertanyaan. Anda mengingatkan saya tentang syarat-syarat pertandingan.Pertandingan bermula pada 6januari 2010,tarikh tutup pertandingan pada 18 januari 2010.Syarat pertandingan:-

1)Menyatakan tema/sebab/maksud kepada nama yang dicadangkan.
2)Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Islam an bukan Islam.
3)Pertandingan adalah secara bertulis atau bertaip.
4)Setiap individu hanya dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja.
5)Keputusan juri adalah muktamad.

Sila sertakan butiran diri seperti nama,no.matrik,no.telefon,kos pengajian dan alamat e-mel kepada penganjur.Pemenang akan memenangi hadiah pertandingan berupa kad topup bernilai RM50.Pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh penyertaan...juri terdiri daripada Majlis Tertinggi PMI.

Sila hantarkan pnyertaan kepada Mohamad Nasa'i(Pre-Med) dan Rommanah Azmi(Pre-Med) atau e-melkan kepada mohamadnasai@yahoo.com/rowm89@yahoo.com.

Peluang Terbuka kepada Semua Pelajar !!!

Assalamualaikum...

Kepada semua pelajar acms,baik melayu,baik cina,baik india...
rebutlah peluang keemasan yang kami sediakan untuk anda semua..
kami menganjurkan pertandingan mencipta nama bagi menggantikan nama persatuan mahasiswa islam dengan nama lain..
pertandingan bermula pada 6/1/2010 hingga 18/1/2010..
kepada sesiapa yang mempunyai bakat dan berkreativiti dalam memilih/mencipta nama...rebutlah peluang ini!!!...
hadiah lumayan disediakan!!! Topup Celcom/Maxis/Digi bernilai RM50!!!
sesiapa yang berminat,boleh menyerahkan penyertaan anda beserta nama,no matrik,no telefon,e-mel dan kos pengajian kepada Mohamad Nasa'i/ Romanah Azmi @ e-melkan kp mohamadnasai@yahoo.com/rowm89@yahoo.com...

04 Januari 2010

Hati Seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.""Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.""Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan darianak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya.""Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun d isetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.""Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.""Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.""Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya."Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.Amin...