Anas bin Malik r.a berkata:
Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, "wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah:" Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."
Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: Tempatmu berkumpul ialah di pasar- pasar, pesta, pusat membeli- belah kelab malam tempat hiburan serta majlis- majlis maksiat."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu untukmu ialah syair dan sajak yang melalikan."
Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan mereka cerita2 benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata- kata kesat dan dusta."
Iblis bertanya lagi: " Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak kepada anak Adam untuk memanggil orang sembahyang, apa pula azan bagiku?" Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."
Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusanMu dari para Rasul dan Nabi, siapakah yg menjadi utusanku?" Firman Allah: "Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yg menduakanKu."
Iblis bertanya:" Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereks, apakah pula tulisan bagiku?" Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap,apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."
Iblis bertanya:"Ya Tuhanku,Engkau berikan mereka minuman yg halal yang disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?" Firman Allah:"Minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya."
Sabda Rasulullah S.A.W: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan- amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
(Hadis Riwayat Muslim)
10 tahun yang lalu
salam. mungkin kena hati-hati.. hadith yg tulisan biru tu betul.. tp cerita yg dialog & iblis amat meragukan.. boleh nyatakn sumber? kena bg asing sikit hadith yg kaler biru & dialog tu.. nanti takut orang yang baca sangka diolog tu sebahagian dari hadith which is NOT..
BalasPadam