KULIAH MAGRIB SURAU AL MUTTAQIN

KULIAH MAGRIB SURAU AL MUTTAQIN

20 Januari 2010

KEISTIMEWAAN MAKKAH

  • Dikenali sebagai 'Baitullah'
  • Kota kelahiran dan pelantikan penamat segala Nabi iaitu Muhammad s.a.w.
  • Tempat ibadah seluruh umat islam yang mana ada kewajipan bagi yang mampu berkunjung ke Masjid al-Haram bagi menyempurnakan rukun Islam yang terakhir.
  • Tempat yang diharamkan orang bukan Islam masuk atau menetap di dalamnya.
  • Banyak tempat yang dimakbulkan doa hamba-hambaNya.
  • Tempat yang aman sehingga sesiapa yang berkunjung ke sana akan merasa aman dan rindu untuk kembali lagi.
  • Tempat yang disyariatkan ke atas muslimin untuk melakukan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah.
  • Satu-satunya tempat yang diperintahkan Allah untuk dikunjungi sekiranya mampu dari segi fizikal dan kewangan.
  • Satu-satunya tempat di bumi Allah yang mempunyai masjid yang mana pahala solat di masjid itu iaitu Masjid al-Haram digandakan pahalanya sehingga 1000 kali ganjaran pahala.
  • Tempat yang Allah berikan balasan kepada sesiapa jua yang berniat jahat walaupun belum melakukannya.
  • Tempat yang dijaga oleh para malaikat hinggakan tidak dapat dimasuki Dajjal.
  • Menjadi kiblat umat Islam sehingga ke akhir zaman.
  • Merupakan pusat Bumi yang sebenar walaupun kini Barat mendakwa bahawa garisan Meridian merupakan pusat Bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan